Manfaat Kelapa Sawit
Kelapa sawit adalah
salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang berkembang pesat.
Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga
tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24
meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil
dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging
dankulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan
minyak goreng, sabun, dan lilin.Kelapa sawit malaysia.
Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak,
khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya
digunakan sebagai bahan bakar dan arang. Kelapa sawit yang berkembang biak
dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 – 500 meter di atas
aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan
kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya
curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun. Kelapa sawit malaysia.
Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian
utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. Selain
pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga
tinggi. Secara umum, hasil dari industri kelapa sawit terdiri daripada
tiga jenis, iaitu minyak cair, padat dan gas. Minyak kelapa sawit berasal dari
unit proses pengukusan (pensterilan), proses pembersihan, dan buangan dari
hidrosiklon.
Pada umumnya, minyak industri kelapa sawit
mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga berpotensi mencemari air tanah,
dan sungai serta laut. Minyak likat kelapa sawit dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu: Likat yang berasal daripada proses pengolahan: Limbah padat ini
berupa Tandan Kosong Kelapa Sawit, cangkang atau tempurung, serabut atau serat,
enap cemar atau lumpur, dan bungkil. TKKS dan lumpur yang tidak tertangani
menyebabkan bau busuk, tempat bersarangnya serangga dan lalat dan berpotensi
menghasilkan bahan larut lesap.
Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Jika
getah dapat dipelbagaikan kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan, begitu juga
dengan kelapa sawit. Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan
kelapa sawit telah dapat menghasilkan :
Aiskrim – Antara kegunaan
istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran aiskrim.
Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam pembuatan
aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif.
Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan
sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.
Konfeksi – Pengganti Lemak Koko
(CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau
keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi.
Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan
untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan
CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir menyamai produk yang
diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan berasaskan minyak sawit
menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat bertahan lebih lama dan
mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Krimer – Adunan minyak sawit dan
minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara meluas untuk
menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu.
Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman
kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan. Minyak sawit
dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan bahan
krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang mampu
mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang menggunakan
krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa
peminumnya.
Serbuk santan – Santan adalah
bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menghasilkan lauk-pauk
dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang diadun dan diproses
menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk
santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa
komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya. Serbuk santan berasaskan
sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana ia mengandungi kandungan
lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik) daripada tengik
kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan
tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu
bilik. Pada suhu 15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya
selama tiga bulan.
Sosej dan burger – Lelemak
sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan lemak
haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej, burger, bebola
daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia
dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam.
Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan
rasa kurang enak makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger
dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan
bersih dan halal untuk dinikmati. Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80%
daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan
makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan
dalam pembuatan produk bukan makanan yang akan dibincangkan minggu hadapan.
Ok demikian artikel sederhana mengenai kelapa
sawit malaysia, semoga artikel ini memberikan informasi yang bermanfaat bagi
kita semua